ASSALAMUALAIKUM....

salam perkenalan... di mulakan dengan Bismillah ku menaip dengan perlahan-lahan jari ku ini bergerak tanpa paksaan,ku harap bermulanya blog yang baru ku buat ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan di dunia ini...kini bermulalah episod2 perjalanan hidup ku.."PERTAMA KALI KU DI SINI"... (jgan segan2 lh nak komen ye..) SALAM UKHUWAH......

Saturday, June 5, 2010

SABAR.....




"walau apa pn segala ujian MU yg harus ku harungi jalan paling terbaik adalah BERSABAR..bersabar banyak kelebihannya... kini hidupku penuh kesabaran,kerana ALLAH menyayangi orang yang bersabar..,aku mahu belajar hidup bersabar dan bersyukur... (haa... kt bwah ni ada hadis kelebihan bersabar..ikut2lah yer...moga2 anda trglong org2 yg beriman..dan ada sdikit pngajaran dan klebihan...)


7 KELEBIHAN SABAR.....

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Pengajaran :

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. diampunkan dosa-dosa yang lalu
c. memilliki iman yang sejati.